Friday, 10 February 2012

Apakah Metafizik




Bismillah
Kuasa Minda atau disebut sebagai tenaga dalaman dan sekarang ini lebih dikenali sebagai AURA kian popular dalam masyarakat di negara ini. Adalah penting untuk  mendedahkan fungsi Kuasa Minda atau Mind Power dan tahu bagaimana mengimplementasikan tenaga dalaman ini dalam kehidupan seharian, baik dalam rumah tangga, pejabat, mahupun institusi lain yang berkaitan. Di negara-negara maju, pendedahan seumpama ini telah lama mendapat perhatian dan dianggap sebagai salah satu ilmu yang amat berkesan bagi melahirkan individu yang mantap fizikal, mental, emosional dan spiritualnya.   dari itu tidak hairanlah mengapa mereka sering dikatakan sebagai masyarakat yang ke hadapan dari aspek pembangunan minda, akademik dan sebagainya. Kenapa tidak kita?

Untuk meningkatkan pengembangan diri, kita perlu mengetahui bagaimana untuk menjana dan meningkatkan potensi diri melalui kaedah Kuasa Minda (Inner Power) bagi membuka minda sedar dan bawah sedar individu sebelum, semasa dan selepas melakukan sebarang tindakan atau melaksanakan sesuatu program. Ternyata hasil daripada pendedahan ilmu ini telah membawa perubahan yang amat membanggakan bukan sahaja kepada individu yang mengamalkannya, malah juga bermanfaat kepada institusi kekeluargaan, perniagaan dan kewangan serta memantapkan lagi tahap keyakinan dan kebolehan dalam menghadapi sebarang situasi serta cabaran.  

Kebolehan menguasai Kuasa Minda ini mampu membantu  mencemerlangkan potensi diri, kerjaya dan perniagaan  melalui kaedah Kuasa Minda, Tenaga Dalaman atau Inner Power dan Aura, ianya juga ia boleh membantu kita mengenalpasti faktor-faktor yang boleh menjejaskan keupayaan dan kemajuan diri dan cara mengatasinya.  Keupayaan Kuasa Minda atau Aura ini juga boleh digunakan dalam rawatan alternatif sama ada bersifat fizikal, emosional mahupun spiritual. Insyaallah, dengan kaedah yang betul, seseorang individu yang terlatih boleh menggunakannya dalam kehidupan seharian dan membantu mereka yang memerlukan pertolongan.








Apakah kelebihan sekiranya mempunyai tenaga dalam   

Keunikan Tenaga Dalam ini ialah kita dapat menahan serangan musuh supaya musuh tidak sempat bertindak malahan kita boleh pula membuat pukulan jarak jauh hingga musuh tercampak dan tanpa kita perlu menyentuhnya. Dengan mempelajari Tenaga Dalam ini, dengan izin Allah SWT, kita dapat melindungi harta-benda seperti rumah, melindungi seseorang dari perbuatan jenayah seperti ragut, rompakan dan rogol. Kaedah ini boleh dibuat secara dekat ataupun jauh seperti kita sedang keluar ke bandar ataupun ke luar negara. Kaedah masih terus berkesan walaupun kita sedang tidur ataupun kita sedang dalam posisi tidak tahu yang musuh akan melakukan jenayah. Tidak seperti seni mempertahankan diri (Martial Arts). Walau siapa anda dan di mana anda bekerja, Tenaga Dalam ini sangat berguna kepada anda semua untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan, keselamatan dan boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian. asal kan ada keyakinan terhadap apa yg kita lakukan.. insyaAllah..